Loading...
TR

Sekolah ditutup 8 hari, guru yang juga isteri kepada ahli politik berkempen di Sabah disahkan positif Covid-19

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) mengarahkan SK Permatang Janggus di Penaga ditutup selama lapan hari susulan seorang guru wanita disahkan positif Covid-19. 


Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, arahan itu dikeluarkan bagi membendung penularan wabak berbahaya itu di kalangan pelajar. 


"Setakat ini, sekolah akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas pihak kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


"Buat masa ini, pihak kami belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini," katanya. 


Difahamkan, guru wanita yang berusia 40-an itu disahkan positif Covid-19 selepas dilaporkan tidak sihat ketika berada di sekolah sebelum pergi ke sebuah hospital di Kedah untuk mendapatkan rawatan.


Guru itu juga merupakan isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang turut serta berkempen di Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini. 


Ekoran itu, seramai 600 murid SK Permatang Janggus diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan keluar. 


Sumber: Berita Harian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.