Gara-gara melakukan 'body shaming' terhadap seorang wanita di media sosial pada 16 Ogos lalu, Eira Aziera atau nama penuh Norrazira Pissal, 37, berdepan dengan saman lebih RM2 juta.
Mohd Rasheed Hassan, peguam kepada Suharnizan Md Sidek, 37, berkata, saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan akan diserahkan kepada Eira dalam masa terdekat.
"Hari ini saman sudah didaftarkan di mahkamah dan petang ini saya sudah terima emel dari tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertindak bagi pihak Eira Aziera.
"Jadi, Saman dan Penyataan Tuntutan akan diserahkan melalui emel dan kurier kepada peguam Iera dalam tempoh 14 hari dan kehadiran perlu difailkan.
"Selepas 14 hari, pembelaan perlu difailkan. Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah pada 11 November depan," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Selasa 13/10/2020.
Sebutan pada 11 November 2020 itu akan dibuat secara online dengan pendaftar dulu saja.
Portal Harian Metro sebelum ini melaporkan, Suharnizan yang juga merupakan Pesuruhjaya Sumpah mendakwa Eira melakukan body shaming terhadapnya selain mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambar dirinya dan anak tanpa pengetahuannya, selepas dia meninggalkan komen di ruang komen media sosial Eira.
Difahamkan, insiden itu berlaku pada jam 10 pagi 18 Ogos 2020 di mana Sharnizan memuat naik komen "Live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?".
14 September kemudian, Suharnizan dimaklumkan mengenai video berdurasi lapan mimin yang viral di media sosial menunjukkan rupa fizikalnya dihina, lalu membuat laporan polis di IPD Johor Bahru Selatan keesokan hari.
Beberapa hari kemudian selepas viralnya video Eira meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap sebuah restoran di Melaka yang tidak membenarkannya membuat Facebook Live sehingga dikecam netizen, Eira sekali lagi membuat live memohon maaf kepada pihak Suharnizan dan pihak restoran terbabit.
Namun bagi pihak Suharnizan, isu body shaming itu perlu diambil tindakan mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Harian Metro