Loading...
TR

'Nasib baik jumpa' - Gadis alami tekanan perasaan lari masuk ke hutan

Gara-gara tekanan perasaan yang tidak terkawal mendorong seorang gadis berusia 24 tahun melarikan diri ke hutan pada malam tadi. 


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 8.10 malam di mana gadis terbabit lari ke dalam hutan berdekatan Spice Garden, Teluk Bahang. 


Adik mangsa berkata, kakaknya keluar dari rumah dan memandu kereta jenis Proton Preve, dikhuatiri mengalami tekanan perasan dan melarikan diri ke dalam hutan tersebut. 


Bomba dengan kerjasama pasukan polis telah berjaya menemui gadis itu kira-kira jam 9.30 malam. 


Mangsa sebelum ini pernah dilaporkan lari ke hutan yang sama pada Februari lalu. 


Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B.


Bertenang


Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.


Bernafas dengan dalam


Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.


Berkata, ` Relakslah’


Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu.  Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.


Beribadat


Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.


Berkongsi perasaan dengan seseorang


Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.


Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain, anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.


Berurut


Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.  Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.


Berehat dan mendengar muzik


Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut. Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.


Beriadah


Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.


Bersenam


Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.


Berfikiran positif


Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.


Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.


Sumber: Kosmo, myHealth

About Cite Malaya

Powered by Blogger.