Loading...
TR

Mayat wanita disumbat dalam beg, polis tahan 2 suspek

Susulan penemuan mayat wanita dalam beg yang dibuang di tepi Jalan Aman, Sibu, polis telah menahan dua suspek untuk membantu siasatan. 


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek lelaki dan wanita masing-masing berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 2.30 petang di kediaman mereka. 


Siasatan awal mendapati, dua suspek terbabit merupakan kenalan mangsa dan akan direman dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Sementara itu, mangsa yang dibunuh itu adalah Heng Mieow Lin, 37, dan telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui orang awam semalam. 


Polis juga mendapati terdapat kesan kehitaman dan lebam di bahagian muka dan leher mayat mangsa. 


Dua helai kertas yang mengandungi tulisan bahasa Cina turut ditemui berhampiran mayat di mana salah satu daripadanya tertera nombor kad pengenalan dengan kod negeri 08 dipercayai dari Perak, berkemungkin ditulis kepada seorang anaknya. 


Sumber: Utusan Borneo


LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.