Loading...
TR

Macau Scam: 2 Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah ditahan SPRM

Lagi perkembangan terkini kes Sindiket Macau Scam yang didalangi warga tempatan. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. 


Memetik laporan Harian Metro hari ini, Acryl berkata, laporan lengkap berhubung penahanan dua pegawai itu masih belum diterimanya bagi mengesahkan sama ada mereka ditahan kerana kes 'cuci duit' atau kes lain. 


Acryl juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana siasatan sedang dijalankan oleh SPRM. 


Baru-baru ini, SPRM menahan beberapa individu termasuk lelaki bergelar datuk dan datuk seri kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam yang telah memperdayakan ramai mangsanya di negara ini khususnya warga emas sehingga kerugian beribu-ribu ringgit. Lelaki bergelar datuk itu juga didapati mencuci duitnya dengan melabur pada perniagaan yang diusahakan oleh golongan artis bagi mengaburi mata pihak berkuasa. 


Bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua, sindiket itu yang sebelum ini pernah memberi amaran kepada 'whistle blower' yang mereka mempunyai 'orang dalam', akhirnya berjaya dikesan oleh pihak berkuasa ekoran nafsu mereka yang gemar menayangkan harta dan kemewahan di media sosial.


Dalam laporan media semalam, SPRM juga telah membekukan 750 akaun bank ahli sindiket tersebut yang bernilai RM75 juta dan 24 kereta mewah serta sebuah rumah. 


LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.