Loading...
TR

'Kain kapan & rambut anak dara yang dah mati dia letak kat kedai aku rupanya'

Sudah menjadi adat dalam dunia perniagaan apabila ada perniagaan orang lain yang lebih berjaya, maka akan adanya pihak lain yang berasa tidak puas hati. Lebih-lebih agi jika perniagaan yang dijalankan itu adalah sama. 


Seperti contoh, restoran yang diusahakan oleh Abu mendapat ramai pelanggan menyebabkan restoran Ali terus merundum kerana kebanyakan pelanggannya beralih ke restoran Abu. 


Bagi mereka yang berfikiran positif akan melihat perkara ini berlaku mungkin disebabkan menu atau servis yang ada pada restoran Ali kurang menarik berbanding restoran Abu. 


Tetapi, tidak dinafikan ada segelintir peniaga mengambil jalan mudah untuk menjatuhkan perniagaan pesaingnya iaitu dengan menggunakan khidmat bomoh bagi menyekat rezeki. 


Sihir penyekat rezeki umum tahu ia biasanya digunakan untuk menyempitkan rezeki seseorang itu, termasuklah perniagaan yang dijalankannya sehingga jatuh muflis. 


Seperti yang berlaku pada seorang wanita ini yang tidak akan didedahkan namanya mendakwa, kedainya telah disihir berdasarkan penemuan benda aneh di premisnya. 


"Memang tergamak orang tu buat macam ni. Kain orang mati (kapan) dengan rambut anak dara yang telah mati dia letak kat kedai aku rupanya. 


"Selepas diazan dan disembahyang dalam kedai, dibacakan surah Yassin, semuanya terus nampak. Memang banyak. Maaf video dah diupload tetapi tiba-tiba hilang pula. 


"Astaghfirullahalazim. Ini betul-betul berlaku depan mata, ingatkan dalam drama je. Bila dah terkena pada diri sendiri barulah aku percaya. 


"Masih ada juga orang buat benda syirik macam ni. Ya Allah, tak takut dosa ke? Minta-minta apa yang dia buat kat kami sekeluarga ni, terjadi pada keluarga dia juga. Semoga Allah membalas segala perbuatannya dan semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat. 


"Dah jauh sangat orang ni hanyut. Nauzubillah. Terima kasih ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan kami malam ni tadi. 


"Aku bersumpah, hidup orang yang buat kedai aku macam ni takkan aman. Aku takkan maafkan orang yang sihir kedai aku ni. Berhujan, berangin aku mencari rezeki, senang-senang kau nak musnahkan. Siang malam aku ke hulu ke hilir mencari rezeki untuk keluarga, senang-senang kau nak sekat," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.