Loading...
TR

Gangguan bekalan air, lebih 300,000 pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat & Sepang terjejas

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd semalam memaklumkan lebih 300,000 pengguna di beberapa daerah seperti Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran berlakunya pencemaran sungai, semalam.


Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan tugas sementara pihak Air Selangor sedang mengesan punca pencemaran tersebut. 


SENARAI KAWASAN TERJEJAS


Dalam kenyataan medianya hari ini, Air Selangor memaklumkan dua loji berkenaan masih belum beroperasi sepenuhnya berikutan pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Semenyih dan berada pada tahap 5 TON di Muka Sauk LRA Bukit Tampoi dan 7 TON di Muka Sauk LRA Sungai Semenyih. 


"Dalam tempoh lebih 14 jam ini, Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 jutal iter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna dia 274 kawasan dan pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual tidak dapat ditentukan sehingga kini. 


"Para pengguna disarankan untuk mengambil bekalan air alternatif di pili-pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki air diutamakan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. 


"Para pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang telah disediakan," kata kenyataan itu. 


Para pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permasalahn itu di laman media sosial rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor yang boleh dimuat naik di Google Play atau Apps Store. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.