Loading...
TR

'Bagaikan tidak takut maut, mereka hanya risau bila dengar kes meningkat' - Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Ser Dr Adham Baba hari ini mengingatkan masyarakat agar tidak terus leka dan alpa dalam mengamalkan norma baharu bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 


Beliau berkata, PKP yang dikuatkuasakan 18 Mac 2020 sudah membuatkan ramai yang sedar akan punca dan cara mengekang jangkitan virus tersebut. 


Namun ketika PKPP segala apa amalan yang disarankan oleh KKM seperti penjarakan sosial, memakai pelitup muka, cuci tangan, penjagaan diri, elakkan diri di kawasan sesak, sempit serta bersembangan dalam jarak dekat, belum lagi menjadi budaya. 


Ini kerana katanya, ada yang bersesak-sesak ketika membeli belah dan menggunakan lif, selain tidak memakai pelitup muka. 


"Bagaikan tidak takut maut, mereka hanya risau dan takut apabila mendengar kes meningkat dan bila ada penguatkuasaan PKPD di tempat-tempat tertentu," katanya dalam satu masjlid di Desaru. 


Adham berkata, amalan norma baharu itu seharusnya menjadi budaya masyarakat sepanjang masa, bukannya hanya diamalkan ketika berlaku peningkatan kes mendadak. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.