Loading...
TR

18 chingey Vietnam ditahan, 37 pelanggan dikompaun kerana ingkar PKPB



18 wanita Vietnam (GRO) ditahan polis dalam serbuan Op Noda di tiga kelab malam di Jalan Puteri 4/8, Bandar Puteri Puching, semalam. 


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya membuat serbuan di tiga premis itu pada jam 10 malam setelah mendapat maklumat dari orang awam. 


Turut ditahan, tujuh lelaki Myanmar serta seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai pekerja di premis berkenaan. Dua individu tempatan juga ditahan. Kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 55 tahun. 


37 pelanggan serta pekerja tempatan di tiga premis itu dikenakan kompaun mengikut Peraturan 3 dan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Kesemua yang dikompaun faham akan kesalahan masing-masing dan tidak mempertikaikan kompaun yang dikeluarkan oleh pihak polis. 


Selain itu, pemeriksaan di tiga premis tersebut mendapati semuanya mempunyai lesen dan tiada sebarang rampasan dilakukan. Tetapi, tindakan pemiliknya membuka premis kepada pelanggan menjadi satu kesalahan yang jelas sekali melanggar PKPB di mana pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi. 


Dalam masa yang sama, Razali menjelaskan operasi itu dilakukan bagi mendidik masyarakat di daerah itu untuk mematuhi SOP PKPB bagi memutuskan rantaian penyakit Covid-19. Sekiranya masih ada individu yang ingkar, pihaknya akan mengeluarkan kompaun serta merta. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.