Loading...
TR

Kerajaan cadang kenakan caj servis 20 sen untuk pembelian online RM1,000


Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen untuk pembelian di bawah RM1,000 melalui platform online. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, langkah itu dapat menambah kewangan atau mengumpul dana khas untuk membantu golongan B40 termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar. 

"Perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

"Maka, bayaran tambahan ini seakan caj perkhidmatan yang akan dikenakan dan sekiranya pembelian itu lebih RM1,000 maka caj tambahan dikenakan adalah 40 sen," katanya. 

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, tidak bersetuju dengan cadangan itu dan menegaskan dia akan membantah jika perkara itu dibawa ke peringkat kabinet. 

"Bayaran perkhidmatan untuk urus niaga dalam talian? Tidak kira berapa (kadarnya), kerajaan tak pernah buat keputusan begini. 

"Jika dibawa ke kabinet, saya pasti akan bantah!," demikian tweet Annuar sebagai reaksi terhadap cadangan tersebut. 

REAKSI NETIZEN






Sumber: Bernama, MalaysiaKini

About Cite Malaya

Powered by Blogger.