Loading...
TR

'Dia suruh berhenti & katanya rumah dekat sini, tapi bila tengok kiri kanan semuanya hutan'

Pelbagai kes jenayah yang berlaku membuatkan individu terutamanya wanita lebih berhati-hati dengan situasi dan tempat. Walaupun kadangkala kita didatangkan dengan orang yang tidak dikenali itu baik, namun perasaan curiga itu tetap ada.

Seperti yang dikongsikan oleh gadis ini, pada awalnya kemunculan seorang warga emas untuk menumpang keretanya dicurigai. Tetapi atas dasar keprihatinan, dia mempelawa warga emas berkenaan menumpang keretanya. 

Apabila tiba di lokasi yang ditunjukkan pakcik itu, mereka terkejut melihat kawasan rumah itu dikelilingi hutan dan tiada lampu jalan. Lagi menyedihkan, pakcik itu dikatakan hidup sebatang kara walaupun mempunyai anak-anak. 

MALAM tadi memang tak pernah duga akan melalui pengalaman ini, syukur Allah mempermudahkan segalanya. Betul kata orang, kita kena kawal diri daripada berprasangka buruk terhadap orang lain and jangan menilai orang dari apa yang kita nampak.

Malam itu I nak pergi jemput kawan di Aman Jaya. Masa I dah pickup kawan, ada seorang pakcik ini minta tolong hantarkan dia pulang ke rumah yang katanya tak jauh dari situ. Anak-anak dah tak ada dan dia pun tiada duit nak naik bas. I pun mula-mula rasa kasihan dan tiba-tiba terbayangkan ayah sendiri.

Selepas dia cakap kampung dia di Kampung Temin, I pun blur kejap sebab tak pernah dengar dan tak jangka pun kampung itu dekat dengan Sungai Siput. Pakcik itu dah naik kereta, takkan I nak cakap tak boleh hantar? I tak sampai hati. 

Jadi I pun terus buka Waze dan tetapkan lokasi pada Hospital Sungai Siput. Dalam hati dah tawakal niat memang nak tolong pakcik ini. Tetapi andai kata ada benda tak elok nak jadi, tak tahulah nak cakap apa.

Bermulalah episod tawakal tiga sekawan terus share live location dekat group, incase terjadi apa-apa nanti senang. Dari Ipoh tu tak tahu nak ke mana. Ikutkan pakcik itu punya kata-kata saja. Orangnya nampak sihat, tetapi tahap pendengarannya kurang jelas. Dia kata dia tinggal seorang diri di kampung.

Betul-betul jalan kampung, kiri kanan hutan, lampu kejap ada kejap tak ada. Masing-masing dah ketakutan. 

Perjalanan kami semua berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh pakcik itu dengan tahap penglihatannya dan pendengarannya tidak seberapa. Jadi, kami ikut saja. Dalam hati memang tawakal. Kalau terjadi apa-apa, hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi kami teruskan positif dan mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan itu. 

Mujur pakcik ini rajin bersembang dan suka bercerita. Masa tengah diam itu, tiba-tiba dia meminta izin untuk bernyanyi lagu nasyid. Masa itu juga terdetik di fikiran kami yang menyangkakan dia kurang waras. Allahu. 

Menurut pakcik ini, dia dibuang oleh anak-anaknya. Isteri dia sekarang di hospital gila. 

"Biasalah anak-anak bila dah kahwin, kita dah tak ada hak ke atas anak," katanya.

I terkedu apabila dia berkata sedemikian. Rasa kasihan dan sebak juga melihat dia cuba meneruskan kehidupan seorang diri. 

Bila tanya macam mana makan minumnya, katanya dia meminta sedekah dari orang dan dia langsung tiada duit. Tapi masa dia dengan kami, dia cuma minta kami hantar dia balik sebab katanya dia kena tipu. Ada orang tinggalkan dia di Ipoh. Tetapi memang benar, sepanjang perjalanan kami dia langsung tidak meminta duit daripada kami. 

Tiba-tiba dia suruh berhenti sebab rumah dia dah dekat sini katanya. Bila kami tengok kanan kiri, semuanya hutan. Tiada perumahan pun. 

Sempat dia kata, "Jasa anak-anak ini, biar Allah saja yang balas. Tolong sesama Islam besar pahala", Kemudian dia meminta izin keluar dari kereta dan dia mengucap panjang sebab kakinya sakit. Dia turun kereta dan terus masuk ke hutan, hilang dalam kegelapan. Tiada satu cahaya lampu apa pun. Sebelum itu, dia meminta kami menyuluhkan lampu kereta ke dalam hutan itu. Kami akur dan suluh sampai pakcik itu hilang dari pandangan. Allahu, berat mata memandang lagi berat bahu memikul. 

Ya Allah. Macam mana pakcik ini boleh survive seorang diri duduk dalam hutan dengan tak ada duit, tak ada lampu jalan? Betul-betul dia tinggal dalam hutan. Maafkan kami sebab tak boleh nak hantar sampai ke dalam. Kami terpaksa fikirkan keselamatan kami juga sebab kami semua perempuan. 

Semoga pakcik itu dalam lindungan Allah selalu.

Sampainya hati anak tinggalkan ayah hidup seorang diri. Kadang bila kita rasa susah, sebenarnya ada lagi orang lain yang susah dari kita. Sebenarnya bila kita jumpa orang yang susah dari kita, Allah bukan tengah uji dia, tetapi Allah tengah menguji kita. 

Terima kasih pakcik di atas pertemuan kita yang mungkin tak dirancang tetapi semuanya dengan izin Allah.

Latest update, member rajin pergi search Kampung Jawang di Facebook. Mungkin Allah nak tunjuk kebenaran, pakcik ini memang susah rupanya. Hidup sebatang kara. 

Semoga pakcik dimurahkan rezeki. Pakcik sempat pesan, "Hidup ni jangan menipu, Allah tak berkat.". 

Pakcik, betullah anggapan saya. Allah tak sengaja kenalkan kita dengan cara begini. Semuanya ada hikmah. InsyaAllah nanti kami datang cari pakcik kat sana. 

Ramai yang PM minta no akaun bank untuk hulur sumbangan. Tetapi maafkan saya, buat masa ini saya tak berani lagi menerima apa-apa. InsyaAllah hujung minggu ini saya dan kawan-kawan akan pergi ke sana semula mencari Pakcik Aid. 

Saya akan dapatkan real location atau contact number yang boleh kalian gunakan untuk berhubungan dengannya. 

InsyaAllah kita sama-sama boleh hulurkan sedikit bantuan untuk dia. Apa-apa nanti saya akan update. Terima kasih untuk semua doa kalian. Kita baik, ramai sayang. 

Sumber: Nafeesya

About Cite Malaya

Powered by Blogger.