Loading...
TR

2 beradik maut selepas 9 jam ditinggalkan dalam kereta, sementara ibunya keluar minum bersama rakan


Seorang wanita berusia 26 tahun ditahan setelah dua anak perempuannya mati selepas ditinggalkan dalam kereta, sementara dia pergi minum minuman keras bersama rakan-rakannya. 

Kejadian itu berlaku di Takamatsu, Kagawa, Jepun di mana Maria Takeuchi yang merupakan penganggur, meninggalkan dua anak perempuannya iaitu Mayuri, 6, dan Yurie, 3, di dalam kereta yang diletakkan berhampiran Stesen Kawaramachi kira-kira jam 9 malam, 2 September. Pintu kereta juga dikunci, hanya tingkap sahaja dibiarkan terbuka sedikit. 

Subuh keesokan harinya, 3 September, Maria kembali semula ke keretanya, iaitu 9 jam kemudian dan mendapati Mayuri dan Yurie tidak sedarkan diri.

Maria pulang seperti biasa dan sebaik saja tiba di rumah, Maria masuk ke dalam dan membiarkan dua anaknya yang masih tidak sedarkan diri di dalam kereta. 

Jam 12.40 tengah hari, Maria menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan. Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital, namun tidak sempat diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia. 

Keputusan autopsi pada 4 September mendedahkan, kedua-dua mangsa mati selepas mengalami hidrasi akibat dari strok haba. 

Agensi meteorologi melaporkan, suhu pada 3 September lalu mencapai 37.6 darjah Celsius di kawasan itu, tetapi suhunya lebih tinggi jika berada di dalam kenderaan. 

Ketika ditahan, Maria hanya mendiamkan diri dan kelihatan tenang. Polis kini sedang menyiasat motif mengapa Maria meninggalkan dua anaknya di dalam kereta selepas sampai di rumah dan hanya menunggu waktu petang untuk menghubungi talian kecemasan. 

Sumber: Japan Today

About Cite Malaya

Powered by Blogger.