Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap juruteknik berusia 42 tahun itu selepas dia membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya yang pada ketika itu berusia 12 tahun.
Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara itu secara berasingan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 September 2019.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta dengan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Rayat Zulfaziliah Mahmud, maaka tertuduh diwakili peguam Hayat Muhammad.
Sumber: Bernama