Loading...
TR

Juruteknik didenda RM1,000 kerana tunjuk jari tengah pada anggota polis


Padah menunjuk jari tengah terhadap anggota polis, seorang juruteknik didenda RM1,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini. 

R. Vinotheran, 28, dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di atas perbuatannya itu yang mengaibkan kehormatan Sub Insp Sukdev Singh Karnail Singh.

Difahamkan, insiden itu berlaku di Jalan Tunku Abdul Halim, berhadapan dengan Istana Negara pada jam 5 petang, 3 Julai lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Timbalan Pendakwa Raya, Illya Syaheedah Mohd Razif memohon Majistret aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran agar orang awam tidak melakukan perbuatan itu terhadap sesiapa sahaja terutamanya terhadap pegawai penguatkuasa. 

Namun, peguam tertuduh, P. Suthes merayu agar anak guamannya itu dikenakan hukuman ringan atas alasan tertuduh masih perlu menyara ibu bapanya dan seorang kakak yang berstatus orang kurang upaya.

Sumber: Bernama

About Cite Malaya

Powered by Blogger.