Loading...
TR

Tertekan isteri kahwin lari dengan jantan lain, lelaki ini masukkan 2 kabel charger dalam kemaluannya


Doktor di Dumka, India berjaya mengeluarkan dua kabel pengecas telefon bimbit dari pundi kencing seorang lelaki berusia 35 tahun. 

Lelaki itu dilaporkan mengalami tekanan kerana ditinggalkan isterinya yang kahwin lari sehingga dia bertindak memasukkan kabel itu ke dalam kemaluannya sendiri ketika berada dalam keadaan mabuk. 

Pengarah hospital di Dumka, Amita Rakshit berkata, lelaki itu datang dan mengadu mengalami sakit perut yang luar biasa tetapi tidak menyebut mengenai kabel pengecas itu kepada doktor yang bertugas. 

"Dia menangis dan meminta kami menyelamatkan dia. Kemudian doktor mengarahkan dia menjalani x-ray dan pada ketika itulah kami terkejut melihat ada dua kabel pengecas di dalam pundi kencingnya."

Lapor Hindustan Times pada 7 Jun 2020, operasi pembedahan yang dilakukan selama satu jam itu berjaya mengeluarkan bendasing tersebut. 

Dr. Sunil Kumar berkata, dia tidak mengukur panjang kabel tersebut tetapi menganggarkannya sepanjang 45 sentimeter. 

Pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia memasukkan kabel itu ke dalam kemaluannya dalam keadaan mabuk kira-kira tiga bulan lalu. 

"Pada awalnya saya tidak merasa apa pun ketika membuang air kecil. Namun sebulan kemudian, rasa sakitnya semakin menjadi-jadi," katanya. 

Dia mengakui yang dirinya tidak berani meminta bantuan mana-mana pihak kerana bimbang diketawakan. 

Pernah mahu meminta bantuan di sebuah hospital di Ranchi, tetapi dia berpatah balik kerana takut menerima kritikan di media sosial. 

Sementara itu Dr. Kumar menjelaskan, lelaki itu tidak mengalami masalah ketika membuang air kecil kerana masih ada ruang di dalam pundi kencingnya. Namun lama kelamaan, kabel itu mula menyekat saluran kencing dan menyebabkan kesakitan. 

"Jika kabel itu terus berada di dalam badannya untuk jangka masa lama, ia akan menyebabkan kerosakan pada ginjal dan kanser. 

"Dia (pesakit) mungkin menderita kerana depresi disebabkan isterinya kahwin lari dengan lelaki lain. 

"Disebabkan berada di bawah pengaruh alkohol, dia mungkin tidak menyedari perbuatannya itu boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.