Bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara mahu pulang ke tanahair adalah diwajibkan kuarantin diri selama 14 hari sebelum pulang ke rumah keluarga. Ini adalah langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang juga dilaksanakan di beberapa buah negara lain.
Dalam satu kes yang berlaku di Thailand menunjukkan betapa pentingnya menjalani kuarantin diri dan patuh kepada arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Lapor The Nation, seorang wanita Thailand menyebarkan virus Covid-19 kepada ibunya selepas dia enggan menjalani kuarantin diri sebaik saja pulang dari luar negara.
Ketua Pusat Klinik Penyakit Berjangkit Universiti Chulalongkorn, Dr Opass Putcharoen melalui perkongsiannya di Facebook berkata, kebanyakan mereka yang pulang dari luar negara tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19 dan disebabkan tidak mahu menjalani kuarantin diri.
Bagaimanapun, individu berkenaan berpotensi dijangkiti meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom.
Dalam kes ini, wanita terbabit tidak menunjukkan sebarang simptom dan tidak menjalani kuarantin diri. Dia terus pulang ke rumah dan menjalani rutin harian bersama ibunya tanpa menyedari dia sebenarnya pembawa virus berbahaya itu.
Beberapa hari kemudian, wanita itu mula mengalami simptom-simptom Covid-19 dan akhirnya ibu kandungnya juga turut dijangkiti di mana dia mengalami selesema selama enam hari walaupun keputusan x-ray menunjukkan paru-parunya normal.
Selang beberapa hari kemudian, wanita itu mengalami kesukaran bernafas dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dr Opass menegaskan betapa pentingnya menjalani kuarantin diri dan menggesa orang ramai mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Walaupun kes ini berlaku di Thailand, ia juga boleh terjadi di Malaysia. Oleh itu, adalah pneting untuk rakyat Malaysia mematuhi arahan, duduk di rumah dan jalani kuarantin diri sekiranya baru pulang dari luar negara.
Sumber: The Nation, World of Buzz