Tetapi baru-baru ini, viral gambar golongan VIP dengan sewenang-wenangnya melanggar PKP. Golongan ini seperti kebal dari tindakan undang-undang.
Di media sosial, netizen berterusan menyelar tindakan golongan menteri kayangan ini dan meminta respon dari ahli politik lain berhubung isu tersebut.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, melalui Twitternya berkata, beliau tidak faham dengan perangai 'VIP' berkenaan yang sepatutnya bijak, tetapi mengingkari arahan PKP.
"Tak faham aku. Kalau kata tak bijak, tak patut. Kalau orang kata bangang, mungkin ya.
"Hari-hari kita (kerajaan) berkata jangan buat perkumpulan, jangan makan ramai-ramai, jangan keluar rumah. Dia buat juga.
"Confirm bangang," katanya.
Tak faham aku, kalau kata x bijak tak patut, kalau orang kata bangang mungkin ya— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) April 18, 2020
Hari hari kita berkata jangan buat perkumpulan jangan makan ramai ramai, jangan keluar rumah, dia buat juga
Confirm bangang https://t.co/Oyt3HhFh2l
Ramai netizen yang bersetuju dengan tweet Bung Moktar kali ini.
Namun semenjak isu ini dilaporkan, ada di kalangan VIP berkenaan memberikan alasan dan cuba meraih simpati bagi menyelamatkan diri.
Sumber: Twitter Bung Moktar Radin