Sumber dari Melaka memaklumkan, dua bekas Exco lantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, mungkin akan dilantik semula ke jawatan yang sama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mereka adalah ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya sembilan ADUN akan dilantik sebagai Exco termasuk seorang ADUN wanita.
Semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri untuk mempersembahkan senarai nama anggota Exco baharu.
Semua Exco terbabit dijangka mengangkat sumpah jawatan dan simpan kerahsiaan pada Jumaat ini.
Sumber: Harian Metro