Marshaira menang apabila mendapat 62 undi dan sekali gus menewaskan dua calon lain.
Bagaimanapun, kemenangannya itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif netizen. Ini berikutan Marshaira yang berketurunan 'a lot of mix' sebelum ini pernah terbabit dengan berberapa isu kontroversi.
Marshaira telah mendirikan rumah tangga pada 2017 di usia 19 tahun dan dikurniakan seorang anak.
Sementara itu, pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter. Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, dipercayai tweet itu berkaitan dengan Marshaira.
Anak kelahiran Bagan Serai itu berkata, adalah satu keputusan yang tidak bertanggungjawab melantik influencer atau attention seeking untuk menjadi wakil yang menyampaikan masalah rakyat.
"Saya sebenarnya marah. Saya dari Bagan Serai. Saya rasa ini adalah keputusan yang tidak bertanggungjawab membenarkan influencer atau attention seeking menjadi wakil suara rakyat.
"Adakah dia tahu betapa besarnya tanggungjawab itu? Apa kelayakan dia? Ini bukan jenaka.
"Rasa influencer fondeisyon tu cukup mental stealh and capacity ke untuk pikul tanggungjawab ini? Political party tu pun tak rasa irresponsible ke serah kuasa macam tu je?
"Saya kecewa dengan perlantikan yang tidak berkualiti macam ni. Dia tak layak. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ni. Harap maklum Bagan Serai," katanya.
Sumber: Diana Danielle