Hampir setiap hari kes jenayah dilaporkan. Walaupun ketika ini,negara sedang dilanda musibah dan kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini, masih terdapat individu yang menjalankan aktiviti jenayah.
Seorang wanita hampir menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki. Ketika kejadian,mangsa baru sahaja keluar dari tandas. Pada awalnya, pelaku menolak mangsa sehingga jatuh dan mangsa sempat menendang pelaku sehingga pelaku tercampak ke belakang. Mangsa mengambil kesempatan melarikan diri dan menjerit sekuat hati. Jeritan mangsa didengari oleh orang ramai.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah tandas pasaraya Taman Suria, Johor Bharu.
BISMILLAH 23/3/2020 detik hitam dalam hidup aku.
Apa yang aku takut selama ni, terjadi pada diri aku. Realiti. Jam lebih kurang 5.05 pm, aku ke toilet di sebuah supermarket. Bayangkan jalan nak ke toilet tu sunyi. Sampai pintu masuk toilet, aku tengok gelap. Tapi suis lampu bukak, lampu tak menyala.
Aku nak patah balik, tapi memandangkan aku dah tak tahan sangat-sangat, aku tawakal je. Sikit-sikit aku jalan menuju ke dalam toilet. Aku tengok terang cahaya dari luar. Toilet tu ada 5 pintu, aku masuk toilet yang kedua dari hujung. Selesai hajat aku, terdengar bunyi pintu utama toilet ditutup. Tapi aku buat tak tahu je.
Selesai je aku pun buka kunci pintu toilet. Allahu sangat-sangat aku terkejut. Berdiri tegak susuk tubuh sorang lelaki tak berbaju. Aku terus menjerit. Dia tolak aku dan aku jatuh. Dia tolak aku lagi dan aku jatuh kedua kali.
Aku bangun lagi untuk lari, menjerit minta tolong. Dia tumbuk kepala aku. Masa ni aku dah melayang dan jatuh. Cermin mata aku dah jatuh tak tau kat mana. Dia cuba terkam aku dan dia dah pegang seluar aku. Mungkin dia nak tarik. Aku dah semakin panik. Aku kumpul kekuatan, aku tendang kemaluan dia sekuat hati. Dia tercampak ke belakang.
Aku tak henti-henti sebut Allah Allah Allah. Aku jerit minta tolong sekuat hati. Aku pukul dia bertubi-tubi. Mujur ada jalan sikit untuk aku lari. Aku lari sekuat hati sambil jerit minta tolong. Masa tu cuma ade seorang makcik minta sedekah duduk kat situ. Dia ingat aku nampak hantu.
Aku jerit sekuat hati minta tolong sampai seorang pakcik dan seorang budak datang. Dia tanya kenapa. Aku kata aku nyaris dirogol. Then tak lama kemudian, si b***** tu keluar dari toilet. Dia mungkin nak menyorok kat surau. Orang masa tu dah start ramai. Aku tak nampak sangat sebab kabur mata ni tak pakai spec. Pak guard dan orang ramai dah pegang dia. Aku dah macam histeria trauma sangat.
Orang ramai suruh aku belasah b***** tu. Aku bukak kasut, aku tapok muka dia. Mak guard cuba halang aku. Aku maki dia. Pak guard nak lempang aku sebab tak bagi belasah b****** tu.
Sampai kat balai, laki aku dah sampai. Memang kenalah kau dengan apa yang kau dah buat. Rasakan. Rupanya sebelum aku, ada dua mangsa kena raba dengan dia kat dalam supermarket tu. Masa tu dia dah kena tangkap dengan guard. Tapi guard lepaskan. Aku mangsa ketiga yang kena lagi teruk. Allahu.
Dalam kita risau tentang covid 19, PKP yang sedang dijalankan, frontline kita berjuang untuk semua mangsa, ada lagi manusia macam ni. Dia kata dia stress sebab dah berhenti kerja kantin. Tapi kenapa kau stress sampai kau nak rogol orang? Kenapa?
Syukur Allah selamatkan aku dari semua ini. Mujur dia tak bawak pisau. Kalau tak, tak tahu apa jadi kat aku.
Kepada si b******, tunggu kau kat penjara Ulu Choh ke Kluang ke Simpang Renggam ke. Semua dah standby. Ada habuan untuk kau.
p/s: Kepada semua wanita, hati-hati kat mana sekalipun ada terutama di tempat awam. Toilet ke apa-apa pun, berwaspada. Sentiasa bersedia dari segi apa pun. Nasib baik aku ada jugak basic silat. Kalau tak...
Sumber: Facebook Mangsa