Bukan itu sahaja, malah dia hampir menyebabkan kenderaan lain menggilisnya dalam kejadian yang tidak diketahui lokasinya.
"Ini baru betul nasihat depan-depan, moga selepas ini penunggang motor tersebut sentiasa beringat dan patuh undang-undang jalan raya," tulis Twitter MyWatch.
Sementara itu, netizen juga meluahkan rasa puas hati melihat pemandu berkenaan yang begitu tegas menegur penunggang motosikal itu biarpun dia merupakan 'mangsa kemalangan'.
Ini baru betul nasihat depan-depan. Moga selepas ini penunggang motor tersebut sentiasa beringat & patuh undang-undang jalanraya. pic.twitter.com/ngX3Exu48b— MyWatch (@My_CrimeWatch) February 7, 2020
Tidak kiralah anda pemandu atau penunggang, berhati-hatilah apabila berada di jalan raya dan patuh pada peraturan jalan raya jika mahu hidup lama. Usahlah memandu seperti otak tertinggal di rumah.
Sumber: MyWatch