Loading...
TR

(Video) Ibu paksa ustazah merangkak sebab tak puas hati anaknya didenda sehingga cedera & trauma


Hilangnya maruah seorang guru ini apabila dia bukan sahaja dianiaya, malah diaibkan di depan anak-anak muridnya sendiri ekoran ketidakpuasan hati ibu kepada salah seorang murid yang didenda sehingga trauma. 

Difahamkan kejadian itu berlaku di Madrasah Ad Diniah Islamiah Parit 15, Bagan Datoh, Perak, anak kepada pengadu mengalami kecederaan di lutut akibat didenda merangkak keliling kelas bersama dengan beberapa murid lain di sekolah agama itu. Sebaik saja pulang, si anak memaklumkan perkara itu kepada ibunya. 

Disebabkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan ustazah itu, si ibu datang dan berdepan dengan guru terbabit dan meminta pendidik itu melakukan semula hukuman yang dikenakan terhadap anaknya. 

Berdasarkan video tersebut, guru berkenaan tanpa banyak bicara terus merangkak dan mengajak beberapa murid lain turut bersama melakukan 'hukuman' itu. 

Ibu murid itu kemudian meminta murid-murid itu semua ingkar arahan ustazah. Tetapi tidak diendahkan dan mereka meneruskan 'hukuman' itu bersama-sama sambil diperhatikan beberapa murid lain. 

Turut berada di kelas, seorang lagi rakan sekerja ustazah berkenaan yang mempersoalkan tindakan pengadu yang jelas sekali tidak wajar dilakukan terhadap pendidik. 

Tetapi pengadu itu enggan mengalah dan mendakwa anaknya cedera disebabkan denda itu sehingga menyukarkannya mengambil wuduk. Selain itu, dia juga mendakwa mempunyai bukti bahawa kecederaan itu diperoleh selepas menjalani denda tersebut. 


Video viral itu turut mendapat perhatian dari bekas menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik yang meluahkan rasa keccewa. 

"Hati saya berasa kecewa setelah melihat video tersebut. Sehingga pada awalnya saya tidak percaya, adakah ini fake news? Apakah yang telah terjadi dengan masyarakat kita hari ini?

"Seorang guru ialah seorang insan yang tinggi martabatnya. Kita tidak jadi siapa yang kita jadi hari ini tanpa insan bernama 'guru'. Tidak sepatutnya kejadian seperti ini berlaku ketika kita telah masuk ke tahun 2020," katanya. 

Sementara itu, seorang peguam tampil menawarkan diri untuk memberi bantuan guaman tanpa bayaran sekiranya guru berkenaan mahu membawa kes itu di mahkamah. 

Nurhidayaty Maidin berkata, "Tolong kenalkan saya dengan ustazah ini. Saya ingin bagi free legal advise dan mungkin servis sebagai peguam seterusnya. Melampau mak bapak sekarang. Level tapir yang tak boleh diajar. 

"Seorang guru kau jatuhkan maruah begitu sekali. Apa jua alasan, guru ini tidak patut diperlakukan sedemikian. Ada saluran lebih baik," tegasnya. 

Sumber: Oh Bulan!

About Cite Malaya

Powered by Blogger.