Loading...
TR

(Video) Bengang kereta ditunda, wanita jerit, pukul, baling kon & ludah anggota penguatkuasa MBSA


Viral di media sosial video seorang wanita bertindak menyerang dua anggota penguatkuasa kerana cuba menunda keretanya. 

Dalam kejadian yang berlaku di Bandar Baru Sungai Buloh, kereta wanita itu ditunda oleh anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas kesalahan meletakkan kenderaan di zon larangan.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, wanita terbabit mula menjerit-jerit, melakukan serangan fizikal dan membaling kon pada dua anggota berkenaan.

Walaupun diludah beberapa kali oleh wanita itu, dua anggota terbabit masih tenang dan cuba mengelak dari berdepan dengannya kerana mengetahui sekiranya mereka bertindak balas, pastinya akan dikecam teruk oleh netizen di media sosial. 

Sama ada bersimpati atau tidak tahan dengan serangan wanita itu, akhirnya kenderaan itu tidak ditunda. 


Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad mengesahkan kejadian itu. Perkara itu katanya tidak akan mematahkan semangat anggotanya untuk meneruskan tugas seharian dan iam erupakan sebahagian dari cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan tugas. 

Di media sosial, netizen mengecam tindakan wanita itu yang jelas sekali menghalang penjawat awam melaksanakan tugas. Malah ada yang mempertikaikan mengapa kenderaannya tidak ditunda hanya kerana pemiliknya melakukan provokasi. 






About Cite Malaya

Powered by Blogger.