Loading...
TR

Umrah Muhammad Sajjad sah jika cukup syarat tetapi dia tidak hidup secara fitrah, maka Allah takkan reda


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Syukri Mohamad berkata, ibadat Muhammad Sajjad Kamaruzzaman di tanah suci sah sekiranya umrah yang dilakukannya itu mencukupi syarat. 

"Isu dia berpakaian wanita itu adalah kesalahan lain. Jika melihat dari segi ibadat, umrah dia adalah sah selagi dia menutup aurat dan cukup syarat. 

"Sebagai contoh, lelaki solat dengan memakai pakaian curi. Ibadat solatnya masih sah namun tindakannya yang mencuri itu tetap haram. Ianya dua perkara berbeza," katanya memetik laporan dari Harian Metro, 4 Februari 2020. 

Namun, Muhammad Sajjad melanggar tidak perkara sepanjang ibadat umrah itu dilakukan iaitu tidak patuh dan taat kepada Allah SWT, selain tidak taat kepada peraturan yang telah ditetapkan. 

"Jika kita melanggar tiga perkara itu ketika menunaikan ibadat umrah, Allah tidak akan reda. Sekarang ini ramai yang mengatakan hak asasi manusia dengan mempertahankan tindakan dia. 

"Dalam Islam, hak asasi itu hanya terpakai kepada mereka yang berada dalam fitrah sahaja. Jika seseorang itu hidup di luar fitrah iaitu menjadi wanita sedangkan dilahirkan sebagai lelaki, bermakna dia sudah tidak hidup secara fitrah. 

"Jadi, apa yang dilakukan Muhammad Sajjd itu sudah melanggar tiga-tiga elemen berkenaan sepanjang berada di Makkah selain tidak hidup secara fitrah. Maka Allah tidak akan reda," katanya. 

Mohammad Syukri juga mengakui tindakan usahawan kosmetik itu turut menjejaskan imej negara yang selama ini sentiasa dipuji sebagai jemaah yang berdisiplin. 

Justeru, kerajaan perlu bertindak segera untuk menangani masalah ini dan mengambil tindakan terhadap lelaki itu yang jelas sekali melakukan mempersendakan agama.

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.