Loading...
TR

Skydiver maut terhempas ke tanah selepas payung terjun gagal dibuka sepenuhnya


Seorang lelaki warga Denmark yang melakukan aktiviti skydiver dilaporkan maut dalam kejadian ngeri di Thailand selepas payung terjunnya gagal dibuka. 

Stefan Eiriksson Anderson, 30, melompat keluar dari pesawat yang berlepas dari Chon Buri setelah mencapai had ketinggian yang ditetapkan, pada tengah hari Sabtu lalu. 

Menurut saksi, Stefan cuba membuka payung terjunnya tetapi gagal dibuka menyebabkan mangsa Menurut saksi, Stefan cuba membuka payung terjunnya tetapi gagal dibuka sepenuhnya menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian beberapa ribu kaki. 

Saksi dan beberapa rakannya yang lain hanya dapat melihat kejadian itu dan tidak dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa. 


Mangsa jatuh terhempas ke tanah sebelum beberapa rakannya berlari untuk memeriksa keadaannya yang ketika itu ditemui dalam keadaan teruk di mana darah keluar dari hidung dan mulut. 

Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh paramedik sebelum dihantar ke Hospital Phayathai Sriracha. Namun mangsa disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah. Kedua-dua kakinya juga patah. 

Polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan mengambil keterangan dari kakitangan pusat skydiving berkenaan yang mendakwa mereka telah memeriksa peralatan Stefan mengikut prosedur sebelum membenarkan dia menaiki pesawat. 


Polis Kolonel, Khongsak Boonsuesuwan berkata, setakat ini bukti menunjukkan kejadian itu adalah satu kemalangan. 

"Pada mulaya ia kelihatan seperti kemalangan, tetapi kami akan siasat lebih mendalam untuk mencari punca sebenar kejadian itu. 

"Melakukan aksi skydiving ini berbahaya dan berdepan dengan beberapa risiko, jadi kita perlu pertimbangkan kekuatan angin pada masa itu," katanya.

Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.