Loading...
TR

'Saya bangga mereka berdamai ' - Anggota penguatkuasa MPSJ & Uncle Cina berdamai


Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang bergelut dengan seorang lelaki warga emas tempoh hari dilaporkan telah berdamai selepas mengadakan pertemuan di pejabat ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze. 

Kedua-dua pihak terbabit bersetuju untuk berdamai pada 14 Februari 2020 dan Michelle meluahkan rasa lega dan bangganya apabila dua pihak berkenaan secara sukarela untuk berdamai. 

"Pegawai MPSJ dan individu itu telah berjumpa dengan saya hari ini, bersama seorang pengara yang diakreditasi, Sean Oon. 

"Saya amat berbesar hati dan berbangga untuk memaklumkan bahawa, selepas berbincang dengan kedua-dua pihak, mereka dengan sukarela berdamai dan menyelesaikan salah faham. 

"MPSJ, pegawai itu dan individu berkenaan juga bersetuju agar isu antara mereka dikira selesai secara muktamad," kata Ng. 

Tidak diketahui sama ada pihak MPSJ masih mengekalkan status penggantungan tugas terhadap anggota berkenaan. 

Dalam kenyataan MPSJ di Facebook rasminya pada Jumaat lalu berkata, orang awam yang tidak berpuas hati atas sebarang tindakan penguatkuasaan yang dikenakan, boleh mengemukakan aduan secara rasmi kepada pihaknya atau Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.