Loading...
TR

'Kalau terkena sengatan, mangsa akan terasa sakit melampau' - JPM Terengganu nasihatkan orang ramai tak sentuh obor-obor berbahaya ini


Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) Terengganu memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak menyentuh obor-obor jenis Portuguese Man O' War sekiranya menemui haiwan itu di Pantai Pulau Kekabu. 

Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, spesis obor-obor itu mempunyai ribuan sel penyengat berbisa yang mampu membuatkan mangsanya terasa sakit melampau jika terkena pada badan. 

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyentuh atau berenang di kawasan tersebut. Sengatan obor-obor itu boleh menyebabkan kegatalan dan kesan negatif lain. 

Difahamkan, obor-obor spesis itu tidak boleh berenang dan hanya bergantung kepada arus. Sehingga kini, tiada antivenom untuk merawat bisa sengatan obor-obor spesis itu dan hanya ada rawatan berbentuk ubat penahan sakit dan melegakan simptom. 


Fizikal obor-obor itu kelihatan cantik dan pasti akan menarik minat orang untuk menyentuhnya tanpa mengetahui hidupan laut itu sebenarnya boleh memberi sengatan yang berbisa. 

Obor-obor Portuguese Man O' War ini biasanya menghuni Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dan dipercayai hanyut ke perairan Terengganu. 

Semalam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang dimaklumkan oleh pelancong Australia mengenai kehadiran obor-obor itu. 

11 bangkai ditemui terdampar di pantai, manakala 10 lagi ditemui masih hidup di dalam air. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.