Loading...
TR

'Kalau saya punca perbalahan, saya mohon maaf kepada Ali, Hidayah' - Aliff Syukri akhirnya mengalah, takut nanti mati mengejut


21 Februari 2020, Ali Puteh menasihatkan Aliff Syukri Kamarzaman untuk bertaubat kerana tindakannya menemubual kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali, yang baru kehilangan suami yang juga abang kepada Ali sedikit sebanyak memecah-belahkan hubungan baik kedua-dua pihak. 

"Kepada Aliff, bertaubatlah kerana pintu taubat masih terbuka. Jangan pecahkan silaturrahim di antara kami yang selama ini baik. 

"Nampak sangat tujuan dia untuk melariskan saluran YouTube miliknya terutama apabila baca kapsyen pada video itu: 'Untuk ketahui maklumat lanjut, sila tonton',": katanya. 

Dalam pada itu, Ali juga memohon maaf di atas kekhilafannya kepada kakak ipar yang sebelum ini menggelarnya 'binatang'. Kenyataan itu dibuat kerana dia terlalu beremosi. 

Sementara itu dalam sidang media hari ini, Aliff yang sebelum ini berkata mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ali akhirnya mengalah dan turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang terjejas. 

Aliff berkata, "Sebenarnya saya sendiri masih tertanya-tanya kenapa perlu minta maaf. Jangan salahkan saya atas kebenaran yang berlaku. Saya hanya jadi asbab mengapa perkarai ni diketahui orang. 

"Tapi tak mengapa, biarlah berdamai. Saya tak nak dipersalahkan sama seperti isu adik Balqis yang pernah terjadi sebelum ini. Saya nak tutup cerita sampai sini saja. 


"Buat apa nak cari gaduh dengan orang, nanti mati mengejut. Ini dah nak dekat bulan puasa, biarlah saya mengalah. Jangan bercerita pasal saya, ceritalah pasal situasi dalam kerajaan sedang berlaku sekarang. 

"Justeru, saya Aliff Syukri Kamarzaman mohon maaf. Saya tujukan kepada Ali Puteh, Nor Hidayah, keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia," katanya. 

Aliff juga bersetuju untuk bersemuak dengan semua pihak jika itu dapat menjernihkan semula keadaan.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.