Jan-Erik Lönnqvist, profesor psikologi sosial di Universiti Helsinki Sweden telah mengeluarkan kajian mengenai Jurnal Psikologi Antarabangsa yang mendedahkan bahawa pemilik atau pemandu kereta mewah mempunyai gaya pemanduan yang teruk di jalan raya.
Kajian menunjukkan golongan ini gemar melanggar peraturan jalan raya dengan memandu melebihi had laju, mencucuk rapat kereta di depan, tidak menggunakan signal dan memandu secara agresif sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
Kajian itu secara dasarnya membuktikan bahawa kekayaan mampu merosakkan minda seseroang itu dari segi tingkah laku yang tidak beretika, termasuk ketika mereka sedang memandu.
Golongan berkenaan gemar memiliki kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk bagi menampakkan diri mereka kaya.
Oleh yang demikian, bersederhanalah kita di dalam kehidupan dan bersyukur dengan rezeki yang diberi Tuhan. Biarlah sekadar mampu memiliki kereta tempatan asalkan gaya pemanduan kita berhemah dan tidak mendatangkan bahaya kepada para pengguna jalan raya lain.
Sumber: World of Buzz