Loading...
TR

'I dah ada orang lain, effort dia lagi banyak dari you' - Tergamam mamat ni ditinggalkan GFnya di WhatsApp


Pengorbanan selama dua tahun lebih menjadi sia-sia apabila perempuan yang disayangi berpaling tadah. Lebih teruk lagi, perempuan itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain tanpa pengetahuan teman lelakinya. 

"Dua tahun lebih aku bazirkan effort aku kat perempuan ni. Last-last ini yang aku dapat. Macam-macam dah aku plan dengan dia. Hmmm. Menyesal aku bagi harapan tinggi kat dia. Ingatkan dia setia. **ndekkk," tulis Shah di Twitter. 

Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp mereka, perempuan itu secara terus terang mengatakan dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap Shah dan mengaku dia telah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. 

"I bukan senang-senang nak tukar orang. I tahu I banyak salah dengan you, but you asyik maafkan I. I tak boleh terima. Macam I ni jahat, you baik," katanya. 

"Then, effort I selama ni..?" soal Shah. 

"Effort dia lagi banyak, sorry," balas perempuan itu. 

Menurutnya, mereka telah menjalinkan hubungan kira-kira 7-8 bulan. Dia nekad mahu meninggalkan Shah kerana tidak mahu terus menyakiti hati Shah. 

"Pape, thanks buat I bahagia. Btw, dia suruh I block you. Bye," mesej terakhir dari perempuan itu. 





REAKSI NETIZEN


Sumber: Twitter Shah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.