Loading...
TR

‘Dulu rumah ini penuh dengan tawa tangis anak, kini kosong hanya tinggal kenangan’ - luahan deep ibu ini menyentuh hati netizen


Sewaktu kita masih kecil, tangan itu yang menyuakan susu, mengulit kita sehingga tertidur, mengangkat kita ketika kita jatuh. Dan bermacam-macam lagi kudrat tangan itu lakukan sehingga kita menjadi manusia yang berguna. 

Kini, kudrat tangan itu semakin lemah dimamah usia tetapi bertenaga semula bila menyedari kepulangan kita. Itu lah ibu dan bapa kita.

Ketika masih punyai ibu dan bapa, hargailah sebaiknya. Seperti juga pesanan lelaki ini. Dia memuatnaik luahan rasa ibunya ketika mereka masih lagi kecil dan juga kekosongan yang dirasai kini apabila anak-anak sudah membesar. Luahan rasa ibunya itu menyentuh hati netizen.

STATUS ibu aku hari ini buat aku deep.

“Pendeknya saat membesarkan anak-anak. Satu ketika dulu, rumah ini dipenuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan bagai lagi. Buku-buku, pensel, seluar, baju bertaburan di lantai bilik. Bedak, sikat, entah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal di bawah meja. Maka, kedengaranlah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku-buku dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya, seorang akan bertanya, ‘Mak, mana pensil saya?’. Kemudian, seorang lagi bertanya, ‘Bedak, mana?’

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak-anak, ada katil yang dah kosong. Tempat sangkut baju pun, sikit je bajunya.

Apa yang tinggal, hanyalah kesan kenangan dan baju kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitar. Mak boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap-tiap anak punyai bau keistimewaan masing-masing. Jadi, mak pun hidu udara bilik tu sedalam-dalamnya untuk hilangkan rindu pada anak-anak.

Apa yang tinggal sekarang adalah memori gelak ketawa, tangis dan aneka perangai anak-anak. Dan juga kehangatan badan anak.

Hari ni rumah mak bersih. Kemas dan teratur. Tapi ia seindah padang pasir yang tak berpenghuni. Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit suruh anak-anak buka atau tutup.

Kamu semua sekarang dah ada dunia sendiri dan mak abah sentiasa mendoakan dan memohon. ‘Ya Allah, peliharakanlah anak-anakku walau dimana jua mereka berada. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Nikmatilah waktu yang sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari.” Tulis ibunya di dalam status Whatsapp.


Sumber: LNH_15

About Cite Malaya

Powered by Blogger.