Loading...
TR

'Bila intai, tak ada orang..' - Pintu rumah penghuni di Teluk Intan diketuk sampai bergegar pada jam 1-2 pagi, ada kesan cakaran


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

SIAPA yang pernah dengar 'Misteri Ketukan Pintu' yang bermula di daerah Kampung Gajah, Perak (2-3 bulan lepas)? Dan sekarang ini (April 2019) sedang hangat diperkatakan berlaku di Teluk Intan, Perak. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh share di sini dan seriously nak tahu perkembangan terkini mengenai kejadian misteri itu. 

Ada terdengar dari sumber yang boleh dipercayai, ketukan itu berlaku di tengah malam sekitar jam 1-3 pagi ketika orang dalam rumah sedang tidur nyenyak dan ada penghuni rumah yang cuba mengintai ke luar tetapi tidak kelihatan susuk tubuh manusia. 


Menurut sumber tertentu, kejadian itu berlaku dari Kampung Gajah, Perak di mana dikatakan bahawa gangguan tersebut adalah 'belaan' seseorang yang cuba mencari 'Tuan Baru'.

Mungkin benar dan tidak mustahil juga angkara manusia jahat yang ingin mengambil kesempatan di atas kejadian panas yang sedang berlaku untuk kegiatan merompak dan sebagainya. Wallahualam. 

Ini pun kakak kepada kawan saya yang cerita sebab kakak dia tinggal di Teluk Intan. Kakak dia cerita, benda itu ketuk pintu sampai bergegar rumah. Bila ada penghuni yang berani pergi intai, tetapi tiada orang di luar. Terus masing-masing ketakutan. 

Sebelum ramadhan hari tu (2019), berlaku lagi misteri ketukan. Anak saudara mangsa cerita, pintu rumah ada kesan ketukan, lekuk-lekuk dan kesan cakaran. Pintu pagar dalam keadaan elok bermangga. 

Ada saksi lain pula nampak dalam jam 1-3 pagi lembaga hitam besar dan tinggi di area kampung dengan matanya merah menyala. - Hearty Winter

SEMUA PAKAT BALIK SELEPAS GERAI TUTUP PUKUL 6

Haa betul la tu. Kawasan kampung saya. Dengar cerita masa balik kampung hari tu. Ada tiga buah rumah yang kena ketuk. Salah satu rumah itu adalah rumah ustaz yang selalu merawat orang. 

Mak saya pun dah tak ada nak pergi cari ayam halau masuk reban dah di waktu maghrib sekarang ni. Kalau tak, kemain dia. Makcik-makcik saya pun dah tak ada nak membawang sampai kentong bunyi. Semua pakat balik selepas gerai tempe tutup pukul enam. Tak tahulah betul ke tidak, tak diorang dah buat mesyuarat nak berjaga-jaga dah sekarang ni.

Rumah makcik-makcik saya di Kampung Selabak semua dah kena ketuk selama 2 hari kira-kira jam 2-3 pagi. Tapi diorang tak intai sebab takut. - Opah Kau

BILA JENGUK, TAK ADA ORANG


Staff aku duduk di Teluk Intan. Memang ada satu malam itu penduduk taman dia dipanggil ke majlis perjumpaan dengan ketua balai untuk beri pencerahan sebab ramai yang dah report. Ketukan itu tak lama dalam 5-10 saat saja antara jam 1-2 pagi. Tetapi memang kuat gila la sampai bergegar pintu rumah. Cumanya memang tak ada bunyi tapak kaki, tak ada bunyi pintu pagar dibuka. 

Ada seorang pakcik itu kongsi cerita. Dia beranikan diri keluar bawa parang, tapi tak ada orang. Tup-tup ada orang tepuk dia dari belakang, bila toleh tak ada orang. 

Polis nasihatkan, kalau ada dengar ketukan itu, jangan layan dan buat bodoh saja. Yang pasti itu memang bukan manusia, bukan budak-budak sebab rumah kawasan berpagar kan, kalau ada cubaan orang nak masuk, mesti ada kesan-kesannya. 

By the way, staff aku itu duduk di sebuah taman di Padang Tembak. Yang latest ini, ada seorang single lady pun terkena sampai trauma dibuatnya sebab ketukan itu teramat kuat. Polis pun tak boleh buat apa, tak ada unsur jenayah. - Anne Huda

TAK SANGGUP NAK BELA

Tak sis, kes bermula dekat kampung kawan saya di Air Kuning, Taiping. Pocong itu datang ketuk pintu malam-malam. So orang kampung pergilah cari tuan dia, dah jumpa pun tapi tuan dia tak nak ambil dah, tak sanggup nak bela. Saya sendiri dengar WhatsApp voice ada makcik kat kampung itu kata pakcik itu memang dah tak sanggup nak bela. 


So, diorang panggil Darul Syifa. Sekarang tak tahu ada lagi ke tak. Kecohlah satu kampung. Kawan saya katak ampung itu kampung orang lama-lama. Kalau malam memang seram. 

Tetapi selepas benda itu pergi ke kawasan lain pula kacau pak guard di bangunan kilang. Sampai pengsan pak guard itu, dia muncul kat depan pintu. - Fox Neo 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.