Loading...
TR

'Berhenti sebarkan video itu, kes itu sudah selesai' - Suami kepada Datin Bundle


Suami kepada wanita yang mengarahkan ustazah merangkak di dalam kelas, meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan video tersebut.

Ini kerana katanya, kes itu sudah diselesaikan di mana isterinya sudah bertemu dengan ustazah berkenaan dan memohon maaf di atas tindakannya itu. 

"Kes sudah selesai dan kami berharap netizen berhenti bercakap mengenai perkara ini.

"Kami sudah bertemu dan saling bermaafan semalam. Saya harap semua pihak tidak lagi bercakap mengenainya supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. 

"Kami juga berharap netizen berhenti menyebarkan video berkenaan dan aduan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sekatan," katanya memetik laporan dari Harian Metro, 26 Februari 2020. 

Sementara itu, ustazah berkenaan juga memaklumkan kes itu sudah diselesaikan. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin pula berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan serta menyelesaikan isu tersebut. Malah beliau menasihatkan orang ramai tidak lagi mengeruhkan keadaan demi kebaikan semua pihak. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.