Loading...
TR

Baru hari pertama dihantar ke rumah pengasuh, bayi kebiruan & meninggal dunia


Seorang ibu tidak menyangka, hari pertama menghantar anaknya yang berusia setahun ke rumah pengasuh juga adalah merupakan hari terakhir dia melihat anaknya. 

Safiah, 29, ibu kepada Muhammad Aydan Firas Muhammad Faris Azim berkata, anaknya disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Setapak. 

"Tidak sangka hari pertama arwah dihantar ke rumah pengasuh menjadi hari terakhir saya dan suami melihatnya bernyawa," katanya. 

Menurut Safiah, dia hubungi oleh pengasuh pada jam 12 tengah hari yang memaklumkan bahawa Muhammad Aydan Firas kebiruan dan tidak sedarkan diri. Safiah terus bergegas dari tempat kerja ke rumah pengasuh. Namun anaknya telah dihantar ke klinik dan dirujuk ke hospital swasta. 

Safiah kemudian dimaklumkan oleh doktor yang mengendalikan kes kecemasan itu bahawa anaknya sudah meninggal dunia dan jenazahnya akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. 

Laporan bedah siasat mendapati, tiada sebarang unsur jenayah tetapi punca sebenar kematian mangsa belum dapat dipastikan.

Difahamkan, Muhammad Aydan sebelum ini dijaga oleh keluarganya. Safiah dan suaminya kemudian bercadang menghantarnya ke rumah pengasuh agar arwah dapat belajar bergaul dengan kanak-kanak lain. 

Pasangan itu reda dengan pemergian anak mereka tetapi berharap punca kematian Muhammad Aydan dapat diketahui. 

Jenazah Muhammad Aydan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Batu Muda, Kuala Lumpur. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan. 

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.