Loading...
TR

'Baik tolong orang miskin, ni macam dah melampau je' - kata netizen tetapi ada yang tak setuju dengan kata-kata itu


"Baik tolong orang miskin, ni macam dah melampau je," kata netizen berhubung viral kehadiran beberapa pihak dari jenama-jenama popular yang menghulurkan 'goodies' kepada para petugas media yang membuat liputan di hadapan pintu masuk Istana Negara. 

"Rasanya dah cukup kot. Bagi pada mereka yang memerlukan. Over nau," kata netizen lain di Twitter.


Tetapi ada yang berpendapat perkara itu tidak perlulah dipertikaikan kerana ia merupakan rezeki petugas-petugas media yang berkampung di hadapan Istana Negara untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai politik yang sedang menjadi tumpuan ramai sejak Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Tidak kurang juga yang mengatakan ini semua hanyalah strategi marketing. 






Namun menurut salah seorang petugas media yang berada di lokasi berkata, ada benarnya pandangan netizen itu.

"Sebenarnya betul tu, banyak sangat datang untuk dapat free marketing sampai kami yang tengah bertugas ni pening nak layan. Banyak gila membazir. Lagi-lagi makanan dan minuman. Sampai tadi dah pukul 7 petang pun still ada yang datang hantar makanan. Tak patut benda ni jadi actually," kata Soeraya.




Sumber: Twitter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.