Loading...
TR

'Apabila dia (Ali) hina cakap saya dahagakan publisiti, ia sangat kelakar, saya sudah lama terkenal' - Aliff Syukri


Ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menegaskan bahawa kedatangannya ke rumah isteri arwah Abam Bocey adalah dialu-alukan. Malah katanya, Nurhidayah siap menyediakan makanan untuk mereka. 

"Kedatangan saya dialu-alukan, saya bukan main terjah saja. Sebelum bertanya soalan, saya sudah minta izin termasuk nak rakam dan siarkan secara langsung di Facebook dan Instagram.

"Saya tidak tahu menahu masalah yang berlaku dalam keluarga mereka. Saya juga tidak burukkan dan sebut nama sesiapa dalam video itu. Saya hanya nak berikan zakat dan sumbangan.

"Balu arwah memang tahu saya dan pasukan nak datang. Dia siap sediakan makanan lagi. Kalau nak tahu, sebelum rakaman dan siaran langsung itu dibuat, Nurhidayah terlebih dahulu bercerita situasi yang dilalui. 

"Jadi, apabila dia (Ali) hina cakap saya dahagakan publisiti, ia sangat kelakar. Saya sudah lama terkenal. Saya kaya bukan sebab saluran YouTube. Jadi, saya tidak perlu mencipta atau sengaja mengambil kesempatan orang lain bagi tujuan kandungan YouTube. 

"Kalau betul tak puas hati, datang bersemuka dengan saya. Bukan dengan cara nak hina. Tujuan saya hanya nak membantu. Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan saya. Sekarang ini nampak saya pula yang bersalah dan punca kepada apa yang berlaku. 

"Apa pun, tunggu sidang media saya yang akan dibuat esok. Saya akan jelaskan segalanya. Berhenti menghina dan menyalahkan saya," katanya.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.