Menurut Harith Rahim, anak kecil itu yang turut membawa botol susunya menggigil kesejukan sambil menyebut "Ibu... Ibu...".
"Ya Allah, paren please jangan lepa. Baru je jumpa budak comel ini di tengah jalan tadi sambil sebut ibu.. ibu.. Menggigil-gigil dia sebab sejuk hujan.
"Alhamdulillah rumah parent dia tak jauh. Semoga Allah beri kesihatan yang baik pada kau nak. Jangan demam budak tu dah la. Allah izin ada baju hujan aku pakai tadi dalam kereta," tulisnya.
Berdasarkan maklumat yang diterima Harith, kanak-kanak perempuan itu terlepas dari rumah pengasuh.
"Budak ini terlepas dari rumah pengasuh! Ya Allah.. amanah orang tu boleh pula kau leka," tulisnya.
Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai apa yang berlaku seterusnya. Ibu bapa mahupun pengasuh dinasihatkan sentiasa mengawasi keberadaan anak-anak. Pastikan pintu rumah atau pagar sentiasa ditutup bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Harith Rahim