Kes cermin kereta dipecahkan terutamanya di kawasan tempat letak kereta sering berlaku dan barang berharga seperti radio kereta, barang-barang bernilai yang diletakkan dalam kereta seperti laptop, tablet seumpama disamun oleh penjenayah.
Walaupun sudah banyak kes yang berlaku, masih ada yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Lebih teruk lagi, pihak pengurusan parkir enggan bertanggjawab di atas kerugian itu kerana rata-rata mengamalkan konsep 'Park at your own risk'.
Terbaru, laptop milik seorang wanita ini disamun dari keretanya yang diletak di tempat letak kereta Aman Central. Mangsa mendakwa, suspek berkemungkinan menggunakan alat pengesan canggih.
"Hati-hati guys, parking di Aman Central. Kes pecah cermin menjadi-jadi. Hari ini tiga buah kereta kena pecah termasuk kereta aku. Alkisah dalam kereta tinggal laptop, kereta tinggal tab. Walaupun bateri lupp, tapi depa ada alat yang boleh trace dalam kereta ada tinggal gajet.
"Jadi, berhati-hatilah. Kali ni mungkin alat pengesan mereka canggih kot. Semalam pun di Arab Kitchen ada kereta kena pecah. Curi laptop juga.
"Aku dok tinggal selama ini tak pernah kena. Kali ni ketahuan la. Pasni serik, cermin pun mahal nak ganti. Aman Central nak bayar ke? Memang taklah. Parking berbayar at least 50% ganti rugi pun dah okey sangat. Dahlah CCTV pun kelabu, tak jelas," tulisnya.