Loading...
TR

Pembantu rumah campur minuman & makanan keluarga majikannya dengan air kencing, air liur & darah haidnya


Seorang pembantu rumah Indonesia yang bekerja dengan majikannya di Punggol, Singapura dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa sengaja mencampur minuman dan makanan keluarga majikannya dengan air kencing, air liur dan darah haidnya. 

Tertuduh bernama Diana, percaya bahawa dengan melakukan perbuatan itu, keluarga majikan akan akur dengan apa sahaja yang dia lakukan dan tidak akan memarahinya.

Mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan tambahan tempoh tujuh minggu terhadap tertuduh berusia 30 tahun itu selepas dia mengaku melakukan onar dan mencuri. 

Timbalan Pendakwa Raya Angela Ang berkata, Diana diambil bekerja dengan majikan berkenaan sejak 2017. Diana melakukan perbuatan khianat itu di rumah majikannya pada Ogos 2019 di mana dia mencampur air kencing, air liur dan darah haidnya ke dalam nasi dan air minuman. 

Selain itu, Diana turut mencuri wang sebanyak $13,000 (RM39,191) dalam lima tempoh berasingan antara Ogos 2017 hingga Jun 2018. 

Diana mengambil wang milik majikannya dalam peti besi dan diserahkan kepada seorang wanita yang merupakan rakan senegaranya untuk dihantar ke kampung. 

Bagaimanapun, wang yang dicuri itu gagal didapatkan semula. 

Sumber: The Star

About Cite Malaya

Powered by Blogger.