Loading...
TR

'Nak jadi hero tapi tu la mati pulak' - Biadab! Netizen selar tweet mamat ni


Khamis 23 Januari 2020, media melaporkan seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah lori, ketika cuba mengalihkan serpihan tayar demi keselamatan pengguna jalan raya lain. 

Mohd Noor Shaari, 64, yang merupakan kontraktor dirempuh lori yang gagal mengelak mangsa yang sedang mengangkat serpihan tayar di Kilometer 453.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Rawang. 

Mangsa yang berasal dari Perak itu meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian. 

Di media sosial, netizen meluahkan rasa simpati tetapi berbeza dengan seorang pengguna Twitter ini yang memilih untuk memuat naik komen yang tidak wajar. 

"Nak jadi hero tapi tu la mati pulak. Ni la jenis suka buat kerja ornag lain dengan harapan viral," tulis lelaki itu. 


Netizen pun apa lagi, bengang dengan tweetnya itu terus ramai-ramai sekolahkan dia semula. 






About Cite Malaya

Powered by Blogger.