Loading...
TR

'Kesian dia kena bash, padahal netizen yang beria post video dia'


Baru-baru ini viral di media sosial video seorang murid perempuan dengan gelagat comelnya menari menarik perhatian netizen yang terhibur. 

Video murid itu juga mendapat perhatian dari pihak stesen radio dan kini, kanak-kanak perempuan itu telah dikenali ramai kerana videonya juga viral di negara jiran. 


Bagaimanapun, ada individu yang berpendapat usah terlalu menyerlahkan dirinya di media sosial kerana bimbang akan dibenci oleh netizen tanpa sebab. 

"Don't hype this girl so much later on people will hate her for no reason," tweet Tok Ketua. 



Ada yang bersetuju dengan pendapat individu berkenaan dan segelintir mengaku sudah mula mute video-video yang berkaitan dengan kanak-kanak berkenaan. 

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati dengannya kerana netizen yang viralkan, tetapi kanak-kanak itu yang menerima akibatnya. 








Apa pun pandangan netizen, usahlah melemparkan kata-kata yang agak keterlaluan terhadap kanak-kanak itu yang jelas sekali tidak bersalah. Ibu bapa juga perlu faham akan bahayanya media sosial ini yang adakalanya boleh memberi kesan negatif pada diri. 

Berpada-padalah menggunakan media sosial.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.