Loading...
TR

'Kau pecah mulut, aku sebar video l*cah kau!' - Guru (duda) perkosa pelajar


Seorang guru yang juga jurulatih pasukan bola tampar direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul dan merogol seorang remaja perempuan yang merupakan anak didiknya, Mac tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata suspek berusia 42 tahun ditahan reman sehingga 27 Jan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pada 8 pagi, 27 Mac 2019, suspek berstatus duda dipercayai menjemput mangsa yang berusia 17 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Telok Mas dan menghantar mangsa ke Alor Gajah untuk perjumpaan pasukan bola tampar sekolah.

"Mangsa yang juga pengadu mendakwa tiba-tiba suspek membawanya ke sebuah chalet di Pengkalan Balak dan dipercayai mencabulnya sebelum merogol mangsa di sebuah hotel di Port Dickson keesokan harinya (28 Mac 2019).

"Lebih kurang 9 pagi, 29 Mac 2019, suspek dipercayai menghantar mangsa ke Dewan Bola Tampar Paroi, Seremban untuk menyertai kejohanan bola tampar dan selepas kejohanan itu, suspek disyaki membawa mangsa balik ke hotel sama dan merogolnya kali kedua," katanya dalam kenyataan di Alor Gajah hari ini.

Arshad berkata pada 30 Mac 2019, suspek dipercayai menghantar mangsa pulang ke rumah, namun remaja itu mendiamkan diri dan takut untuk melaporkan kejadian tersebut berikutan suspek mengugut akan menyebarkan video lucah mangsa.

Sumber: Bernama

About Cite Malaya

Powered by Blogger.