Loading...
TR

'Dah minta izin isteri untuk memperisterikan Yaya tetapi tak dibenarkan atas hasutan orang sekeliling' - Baa Azhar nafi dakwaan isteri


Susulan tular luahan isteri dan kenyataan balas usahawan kuih bakul, si suami akhirnya tampil memberikan penjelasan dari sebelah pihaknya. 

Mahyudin Noral Azhar, 35, melalui Facebooknya mengakui berhasrat memperisterikan Haziqah Nurul Huda Harun (Yaya), 23, selepas melihat gadis itu rapat dengan isterinya, Suhana Hamzah, 34. 

"Untuk makluman, saya dan juga isteri masih sah dalam ikatan sebagai suami dan isteri. Bagi kenyataan berkaitan penceraian kami, itu adalah tidak benar. 

"Sebagai seorang suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama sekali tidak pernah diabaikan sama juga terhadap anak-anak. Bagi isu saya memukul atau mengabaikan beliau adalah tidak benar sama sekali. Saya masih melayan beliau sama dan tidak mengabaikan mana-mana tanggungjawab dari segi zahir dan batin serta masih menyayangi beliau. 

"Tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yang diviralkan. 

"Berkenaan situasi saya dengan Yaya, saya akui setelah mengenali beliau beberapa tahun yang lalu bagi mengendalikan perniagaan bersama, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau atas asbab memperlihatkan keakraban di antara mereka berdua yang sangat-sangat rapat dan selesa juga melihat akan keikhlasan beliau yang banyak membantu saya dalam menaikkan lagi perniagaan yang dimiliki oleh saya. 

"Namun dari situ saya tidak pernah mengabaikan isteri saya dan sebagai suami, saya telah meminta keizinan terhadap beliau untuk memperisterikan Yaya dan atas dasar beberapa sebab yang berlaku termasuklah hasutan orang sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan. Oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yang diviralkan. 

"Saya mohon untuk pihak-pihak netizen agar berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur bagi urusan kami dalam berumah tangga. 

"Bagi isu yang diviralkan buat beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang salah faham dan tindakan bagi mana-mana pihak yang mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej mana-mana pihak berkaitan kes tersebut," tulisnya yang diakhiri dengan hashtag #lelakimukaseliparcroc.


LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.