Loading...
TR

'Dah merebak, baru nak sekat' - Kerajaan China gantung operasi semua agensi pelancongan


Berikutan keadaan menjadi semakin buruk sehingga wabak koronavirus menular di beberapa buah negara lain, Kerajaan China semalam menggantung operasi semua agensi pelancong bermula Isnin, 27 Januari 2020. 

Persatuan agensi pelancongan China berkata, kumpulan pelancong yang sedang dalam perjalanan boleh meneruskan boleh meneruskan perjalanan tetapi diarahkan untuk memantau kesihatan para pelancongnya. 

Kerajaan China juga menggantung perkhidmatan bas antara wilayah juga hanya dihadkan laluan ke hospital sahaja, berkuatkuasa pada hari Ahad 26 Januari 2020. 

Wuhan juga memperketatkan lagi sekatannya dengan menggenakan larangan penggunaan kenderaan persendirian termasuk bas dan kenderaan perdagangan bekalan makanan. 

Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial. Seorang wanita hamil berkata, tarikh bersalinnya hampir tiba dan bertanya adakah dia sepatutnya berjalan ke hospital. 

Setakat ini, semua kes kematian yang dikaitkan dengan koronavirus berlaku di China tetapi pelancong dari China telah menyebarkan wabak itu ke beberapa buah negara lain seperti Australia, Malaysia, Nepal, Vietnam, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Perancis, Kanada dan Amerika Syarikat. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.