Loading...
TR

(Video) 'Mana boleh U-Turn situ...' - Penunggang motosikal kemalangan angkara driver Camry tak guna


Seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan yang disebabkan sebuah kereta yang membuat pusingan U secara tiba-tiba di sebuah persimpangan.

Kejadian itu berlaku pada jam 1.37 petang, 5 Disember lalu berhampiran sebuah sekolah di Pontian, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. 

Berdasarkan video yang dirakam dari dashcam menunjukkan, kereta sedang terbabit berada di lorong kiri di laluan bertentangan secara tiba-tiba membuat pusingan U dan hampir dirempuh sebuah lori perdagangan. Teta, pemandu kenderaan itu terselamat. 

Malangnya, mangsa yang sedang memandu di lorong kiri gagal mengelak lalu merempuh kereta sedan itu yang kemudian terus melarikan diri meninggalkan mangsa. 


Kejadian itu mengundang kemarahan netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu. 

Sumber: Azry Goh

About Cite Malaya

Powered by Blogger.