Anak kucing yang gebu gebas bertukar menjadi comot dan kotor selepas dihantar ke hotel kucing membuatkan pemiliknya terkejut melihat keadaan anak bulusnya itu.
"Tahu tahulah macam mana hotel kucing ini jaga kucing saya. Bila balik, bulu hilang, kurus kecing, selera makan langsung tak ada! Sedih gila tengok. Tinggalkan lima hari je terus jadi macam ni.
"Virus apa entah ada dekat kedai tu, semua adik beradik dia lemah, sakit mata.
"Keadaan dia semakin teruk sekarang. Paws dan hidung dia pucat sangat. Bagi susu dan wetfood macam terseksa sangat je nak telan," kongsi Tyra di Twitternya pada 14 Disember lalu.
Menurut Tyra, ketika dia mengambil semula anak-anak kucingnya itu, haiwan berkenaan kelihatan tidak cergas, tetapi dia bersangka baik dan berharap anak-anak kucingnya pulih pada keesokkan hari. Namun, harapan menjadi layu apabila haiwan kecil itu mula menunjukkan perubahan negatif.
"Biasanya bila keluar sangat, mesti diorang semua lari pergi dapur dekat I. Tapi tak, semua lembik sangat-sangat. Makan selalu dua bungkus wetfood tak cukup. Ini makan suku pun tak habis. Susu langsung tak minum.
"I tak pergi vet, I bagi je ubat demam selesema yang ada tetapi keadaan masih sama dan makin teruk. I tak pergi vet sebab I kerja balik malam, vet pula tutup awal. Just jaga makan minum dan bagi ubat sahaja," tulisnya yang juga memaklumkan dia membawa anak-anak kucingnya ket klinik veterinar pada hari tweet itu dikongsikan.
Doktor memaklumkan, keadaan gusi anak kucingnya pucat dan tidak dapat disuntuk disebabkan darah kurang. Hanya perlu diberi makanan secara perlahan-lahan selang dua jam sekali.
Tyra enggan mendedahkan nama hotel kucing tersebut dan menyangka mungkin anak kucingnya stress kerana terpaksa duduk di hotel bercampur dengan kucing lain sehingga badannya susut dan hilang selera makan.
"Atau mungkin virus dari kucing lain. Korang janganlah sampai bash kedai tu. Just avoid dari hantar ke situ saja. Mungkin antibody kucing I yang tak kuat."
Malangnya, salah seekor kucingnya telah meninggal dunia pada hari yang sama.
"Dia dah mati, kesian dia penat sangat. Takpelah, awak rest dekat sana puas-puas okey. Doakan adik-beradik yang lain semua sihat. Tak ada rezeki tengok awak besar. Rest in peace baby."
Sumber: Tyra