Loading...
TR

Tercekik tiub 30 cm selepas paksa diri muntah untuk kuruskan badan


Ada banyak cara untuk menurunkan berat badan seperti mengamalkan diet pemakanan yang sihat atau bersenam. Tetapi ada yang lebih gemar mengambil jalan mudah kerana mahukan hasil yang segera sehingga menyebabkan kemudaratan pada diri. 

Seorang wanita berusia 22 tahun di China sanggup memasukan tiub plastik ke dalam perutnya agar dia muntah bagi tujuan menurunkan berat badan. 

Perbuatan itu merupakan trend yang tidak sihat di negara itu di mana golongan wanita muda gemar mengambil risiko tinggi semata-mata mahu kurus termasuk tiub plastik yang panjang di tekak untuk memaksa diri mereka muntah. 

Bagaimanapun, wanita ini secara tidak sengaja tertelan tiub plastik itu lalu tersekat di dalamnya. 

Mangsa kemudian berjumpa dengan doktor pada 3 Disember untuk meminta bantuan tetapi menipu doktor kononnya dia tertelan staw ketika sedang minum. 

Apabila doktor melakukan pemeriksaan, dia mendapati objek itu terlalu dalam dan sukar dicapai lalu mengarahkan pesakit menjalani x-ray. 


Doktor kemudian mendapati terdapat bendasing di dalam badannya berukuran 1.9 sentimeter lebar dan 30 sentimeter panjang, serta merta dia mengetahui pesakit itu menipunya lalu mendesak pesakit menceritakan hal sebenar. 

Wanita itu akhirnya mengakui yang dia membeli paip itu secara online dan digunakan untuk menurunkan berat badan. 

Selepas doktor berjaya mengeluarkan tiub itu, doktor juga mendapati perut pesakit mengalami ulser dan begitu juga dengan tekaknya. 

Difahamkan, itu merupakan kes pertama berlaku di mana pesakit tercekik tiub secara tidak sengaja. 

Justeru, doktor menasihatkan orang ramai tidak mengamalkan teknik yang boleh memudaratkan diri itu dan ia boleh mencederakan organ dalaman. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.