Loading...
TR

Tak tahan isteri boros, suami gantung diri sampai mati


Seorang lelaki berusia 39 tahun mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menggantung dirinya di rumah pada Jumaat lalu kerana bosan dengan sikap isterinya yang suka boros sehingga melebihi kemampuan. 

Mangsa yang dikenali sebagai Srinad, bekerja di sebuah syarikat perisian, bersama dengan isterinya, Rekha. 

Difahamkan, mangsa sebelum ini telah membuat pinjaman bank untuk membeli rumah dan barang-barang keperluan. 

Tetapi isterinya, Rekha mengambil kesempatan untuk membelanjakan wang tersebut membeli barangan mewah walaupun Srinad sudah menegurnya untuk tidak berbuat demikian. 

Rekha juga selalu menghina suaminya dan meminta mangsa memindahkan harta itu di bawah nama bapanya. 

Rekha dan ibu bapanya kini berdepan dengan siasatan polis kerana didakwa memaksa mangsa membunuh diri. 

Sumber: Gulf News

About Cite Malaya

Powered by Blogger.