Loading...
TR

'Tak salah tonton filem dewasa, yang penting jangan sebarkan' - Gabenor Jawa Tengah mengaku gemar tengok video bokep


Gabenor Jawa Tengah, Indonesia, Ganjar Pranowo, secara terbuka mengaku bahawa dia suka menonton video 'dewasa' dan menjelaskan menonton video seperti itu bukanlah satu kesalahan walaupun sudah berkahwin. 

Ganjar membuat pengakuan itu ketika menjadi tetamu jemputan sebuah program Podcast di YouTube pada Selesa 3 Disember 2019. 

Sebelum itu, Ganjar menjelaskan mengenai pentingnya menggunakan media sosial dalam berkomunikasi di zaman ini. Namun pernah suatu ketika Ganjar secara tidak sengaja tertekan dan mengirim akaun Twitter lucah melalui akaun peribadinya sehingga mengundang salah seorang netizen bertanya mengenai perkara itu. 

"Pak Ganjar, dah kenapa tonton filem dewasa?" soal netizen. 

"Kalau saya tonton filem dewasa, salah ke? Saya suka, saya sudah dewasa, ada isteri dan yang tidak boleh dilakukan adalah menyebarkan video itu," katanya memetik laporan Viva News, Rabu 4 Disember 2019. 

Tambahnya, dia mempunyai alasan sendiri mengapa dia gemar menonton filem itu dan tidak malu untuk bercakap mengenai minatnya itu. 


"Saya kadang-kadang teringin nak tengok sebab saya dah dewasa dan saya sihat. Kalau tak sihat, barulah tak tengok. 

"Sebagai orang dewasa ia perlu, yang penting jangan sebarkan. Sorry, setiap manusia harus ada ruang privasinya sendiri," katanya. 

Tegas Ganjar, tindakan menyebarkan video dewasa adalah tidak dibenarkan sama sekali dan pelaku boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana perbuatan itu salah di sisi undang-undang. Malah, Ganjar mengaku dia terlibat dalam membahas dan menggubal undang-undang itu semasa menjadi anggota dewan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.