Loading...
TR

Suspek positif dadah semasa kejadian langgar 20 buah kereta


Pemandu Perodua Myvi yang juga penjawat awam ditahan kerana memandu secara berbahaya dan melanggar lebih kurang 20 buah kenderaan di Jalan Pudu semalam, disahkan positif dadah. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan berkata, lelaki berusia 25 tahun itu disahkan positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin.

Ekoran itu, suspek akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Sementara itu, tindakan suspek yang memandu secara melulu sehingga merosakkan kenderaan orang awam akan diserahkan kepada pihak trafik untuk tindakan lanjut. 

Menurut saksi yang juga perakam video itu mendakwa suspek cuba menyamun seorang lelaki OKU tetapi sehingga kini mangsa tidak tampil membuat laporan polis. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.